Monday 27 June 2011

Confinement During Miscarriage


Hari ni hari ke 18 aku berpantang..suppostly hari ni aku dah start bekerja semula selepas 2 minggu MC...tapi aku rasa tak sihat sangat..malam tadi susah nak tidur..tak tau lah kenapa perut aku buat hal..risaulah jugak..takut lah kalau aku terlanggar pantang sebab petang semalam aku  minum air sejuk....semalaman menahan.ambil ko.huhu.minta tolong suami tolong letak minyak dekat pinggang and this morning aku rasa quite ok..hope tak ada yang serius T_T...

aku nak berkongsilah amalan aku semasa berpantang..sama tak?? ;)

1. semuanya mesti yang panas2..makan nasi panas, air panas, lauk panas, mandi air panas, setiap ari mesti berpanas. wajib memakai stokin..jangan lupa pakai selipar especially nak masuk toilet..dan jangan duduk atas simen tanpa alas.sejuk..tak bagus.itu mak aku yg pesan.sweater aku pakai minggu pertama..minggu kedua dh jarang.tidur pun tak berkipas..tengah2 hari buta pun tak berkipas..berpeluh.

2. lauk wajib sup & ikan bilis goreng halia dengan ikan goreng.air semestinya air suam, milo ngan kopi panas. dan jang makan ikan yang berbisa. contoh : pari dan cencaru.

3. aku makan pati ikan haruan..7 botol je..tak boleh tahanlah rasa die..bau die je dah buat aku rasa nak muntah..erkkk..

4. mempelahankan pergerakan..jangan lasak-lasak..banyak benda nak kena jaga walaupun luka bukan macam luka bersalin tapi dalaman kita tak nampak..aku setuju 100%. ;)

5. tak makan benda sejuk..tak makan benda gatal..seafood especially.tak makan benda pedas tapi semalam aku makan sambal ikan bilis..tapi taklah pedas sangat..harap dapat tahan sampai 44 hari.. >_<

6. ada kawan aku makan toniklah, jamulah..aku tak ambil pun tu semua buat masa ni..wajib ambil ni??kalau baru ambil sekarang pun bolehkan.

7. dan hari ni aku akan berurut...agak terlewat jugalah..aku dengar dari pengalaman orang lain yang senasib dengan aku, 3 hari pas D&C jer dh mengurut.aku je yang lambat..nak buat cam mana..my mom dan mak mertua not really sure sama ada aku patut urut ke tak..tu yang lambat bertindak..tapi tak pa..yang penting dapat urut dalam tempoh pantang ni kan..

ada antara pantang larang ni aku paham kenapa tak boleh buat.ada rasionalnya, tapi ada juga yang aku kurang paham kenapa tapi ikut je lah..org dulunya petua dan amalan ni selalunya mesti ada kebaikan dan kelebihan..lagi pun mesti ada sebabkan..yang mana boleh, aku ikut, yang tak boleh, aku tak ikut.dapatkanlah nasihat dari yang pakar demi kesihatan anda..aku rase setakat yang atas ni je yang aku amalkan..kalau ada lagi yang aku teringat aku update..daaa...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...