Wednesday 29 June 2011

Back On Track


setelah bercuti selama 21 hari, memang malas sangat nak start kerja. aku pantang di rumah mertua. sampailah masa untuk balik rumah mak pula. rasa seronok jugak duduk rumah jadi housewife ni. hantar suami pergi kerja. tunggu suami balik kerja. kalau diberi pilihan, aku pilih untuk jadi surirumah. suami pun suka. tapi memandangkan pendapatan suami yang sederhana, aku perlu bekerja untuk membantu. ekonomi sekarang bukan macam ekonomi dulu. nilai duit dah jatuh. bukan senang nak membina keluarga. tak pa. bukan satu perkara yang berat untuk aku. aku mula kerja selepas tamat pengajian. so, dah jadi perkara biasa bagi aku.

suami bekerja di Jelebu. aku bekerja di Jasin. setelah berbincang, kami memilih untuk tinggal di rumah keluarga suami aku di Lendu, Alor Gajah. suami drive agak jauh untuk ke office. almost 2 hours. setiap hari dia memandu hampir 4 jam pergi dan balik. aku turut memandu 2 jam lebih pergi dan balik ke pejabat. pengorbanan. kalau suami boleh berkorban, aku mesti boleh berkorban. sumber kewangan yang terhad membuatkan kami lebih matang untuk melalui hari-hari mendatang.

dalam satu perhubungan, tak boleh pentingkan diri. kena ada tolak ansur dan menerima seadanya pasangan. aku dapat merasai yang kami sedang melalui satu keadaan yang menuntut kesabaran kekuatan mental dan emosi serta kepercayaan. 

rezeki yang telah pergi itu, kami simpan jadi kenangan terindah dalam cinta kami. Tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk kami. in shaa Allah. sekarang hidup perlu diteruskan. kami perlu lebih berusaha dan bersangka baik. segalanya ada hikmah. 

kembali seperti biasa. aku dah start kerja tak berapa hari lagi. semoga segalanya baik-baik sahaja.

daaa.



Wordless Wednesday #1



counting days =)))

Tuesday 28 June 2011

Peristiwa Israk Mikraj






Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

  Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
 
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
 
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

       Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

         Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
       
        Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

          Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

         Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

       Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

     Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

       Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

       Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

       Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

       Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

       Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

       Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii.     Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
 
iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
 
v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.      :       Ya Muhammad.
 
Rasulullah       :       Labbaika.  
 
Allah S.W.T :    Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.



Rasulullah       :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 


Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 


Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)


Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.




Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). 

Aku amik artikel ni kat sini. Masa aku browse cari artikel yang sesuai, aku jumpa satu lagi link.masih byk benda yang aku tak tau dan ade diantaranye samar2..harap2 artikel ini dpt membantu kalian termasuk aku sekali mempelajari dan menambah ilmu tentang Sirah Agama kita, Islam Tercinta ;)

Israk Mikraj adalah antara hari-hari yang penting untuk kita semua sebagai umat Islam. Sejarah Rasul penuh hikmah untuk kita yakin dan tingkatkan keimanan kita. Sebagai Umat Islam, kita wajib menghayatinya.

 Wallahua’lam.


;)

Keistimewaan Wanita

  
 Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him. 


  
"Kerana Dirimu Begitu Berharga"


WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana 
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. 
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
 jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan 
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin 
dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. 
Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan 
dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, 
maka Allah mencatatkan baginya pahala orang 
yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara 
anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti 
memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela 
agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, 
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis  kerana 
takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan 
api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, 
(barang makanan dari pasar ke rumah) 
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti 
 bersedekah. 

Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan 
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, 
maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu 
daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, 
puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat 
akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana 
sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, 
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? 
Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" 
Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, 
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, 
burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan 
semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya 
serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. 
Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki 
dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal 
bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau 
tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau 
dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan 
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka 
dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, 
maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan 
sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik 
kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya 
daripada api neraka.

Indahnya menjadi WANITA. 

Wahai Tuhan, Ku tak layak ke syurgaMu.
Namun tak pula, aku sanggup ke nerakaMu,
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu.



Semoga dipermudahkanNya. amin



* Just wanna share with u ladies and also remind myself ;)



Monday 27 June 2011

Harry Potter Finale Is Coming Your Way!


  Rupert Grint, Daniel Radcliffe, Emma Watson =)

aku ni harry potter die hard fan klu korang nak tau..my favourite movie for all the time.cite magician yang best. kire cm tu lah.korang pon tau kan.cite omputih slalunye gempak2..bajet besar leh ar wat cite cam ni.aku mmg tak penah miss since 1st series lagi. magic films which full with characters, names, thrill, fantasy, epic and etc..pendek kate klu dh suke, sume nyer best.haha.aku sanggup pegi tgk wayang sorang2 semata2 nak layan movie nie.. dlu tak de mata air, jalan pon sorang2 lah..pas siri keempat, aku pon dh ade mata air (cik abg saye skrang =) die lah plak yang kene teman ;P

k laa..sikit info sal harry potter ni aku nak share. sebuah film yang diadaptasi dari buku. the author is J.K. Rowlings while the movie's director is David Yates (dh kaye raye giler dh dorang ni).. so kat bawah nie, aku list kan semua siri2 filem nie..korang yang lom penah tgk, try ar layan.tak rugi..klu korang nak layan kene stat dengan 1st movie..br paham..sebab ade kesinambungan.just having fun not more than that k & enjoy watching =)

1) Harry Potter and the Philosopher's Stone 
(as known as Harry Potter and the Sorcerer's Stone)

2) Harry Potter and the Chamber of Secrets

3) Harry Potter and the Prisoner of Azkaban

4) Harry Potter and the Goblet of Fire

5) Harry Potter and the Order of the Phoenix

6) Harry Potter and the Half-Blood Prince

7) Harry Potter and the Deathly Hallows ( Part I & Part II )
* Part II on the way. 14th July. hubby.save the date! =)

tak sabar nak watch the finale..tapi cm ner pon sedeh gak coz pasni dh takde lagi.harap akan ade movie2 yang best cm nie..hehe..2 thumbs up for this movie!!!


Confinement During Miscarriage


Hari ni hari ke 18 aku berpantang..suppostly hari ni aku dah start bekerja semula selepas 2 minggu MC...tapi aku rasa tak sihat sangat..malam tadi susah nak tidur..tak tau lah kenapa perut aku buat hal..risaulah jugak..takut lah kalau aku terlanggar pantang sebab petang semalam aku  minum air sejuk....semalaman menahan.ambil ko.huhu.minta tolong suami tolong letak minyak dekat pinggang and this morning aku rasa quite ok..hope tak ada yang serius T_T...

aku nak berkongsilah amalan aku semasa berpantang..sama tak?? ;)

1. semuanya mesti yang panas2..makan nasi panas, air panas, lauk panas, mandi air panas, setiap ari mesti berpanas. wajib memakai stokin..jangan lupa pakai selipar especially nak masuk toilet..dan jangan duduk atas simen tanpa alas.sejuk..tak bagus.itu mak aku yg pesan.sweater aku pakai minggu pertama..minggu kedua dh jarang.tidur pun tak berkipas..tengah2 hari buta pun tak berkipas..berpeluh.

2. lauk wajib sup & ikan bilis goreng halia dengan ikan goreng.air semestinya air suam, milo ngan kopi panas. dan jang makan ikan yang berbisa. contoh : pari dan cencaru.

3. aku makan pati ikan haruan..7 botol je..tak boleh tahanlah rasa die..bau die je dah buat aku rasa nak muntah..erkkk..

4. mempelahankan pergerakan..jangan lasak-lasak..banyak benda nak kena jaga walaupun luka bukan macam luka bersalin tapi dalaman kita tak nampak..aku setuju 100%. ;)

5. tak makan benda sejuk..tak makan benda gatal..seafood especially.tak makan benda pedas tapi semalam aku makan sambal ikan bilis..tapi taklah pedas sangat..harap dapat tahan sampai 44 hari.. >_<

6. ada kawan aku makan toniklah, jamulah..aku tak ambil pun tu semua buat masa ni..wajib ambil ni??kalau baru ambil sekarang pun bolehkan.

7. dan hari ni aku akan berurut...agak terlewat jugalah..aku dengar dari pengalaman orang lain yang senasib dengan aku, 3 hari pas D&C jer dh mengurut.aku je yang lambat..nak buat cam mana..my mom dan mak mertua not really sure sama ada aku patut urut ke tak..tu yang lambat bertindak..tapi tak pa..yang penting dapat urut dalam tempoh pantang ni kan..

ada antara pantang larang ni aku paham kenapa tak boleh buat.ada rasionalnya, tapi ada juga yang aku kurang paham kenapa tapi ikut je lah..org dulunya petua dan amalan ni selalunya mesti ada kebaikan dan kelebihan..lagi pun mesti ada sebabkan..yang mana boleh, aku ikut, yang tak boleh, aku tak ikut.dapatkanlah nasihat dari yang pakar demi kesihatan anda..aku rase setakat yang atas ni je yang aku amalkan..kalau ada lagi yang aku teringat aku update..daaa...

Thursday 23 June 2011

Masih Belum Menjadi Kepunyaanku


[peringatan : entri ini agak panjang. sori..sekadar nak luah perasaan :'( ]

Semakin hari semakin bertambah usia kandungan ku.my next check-up was on 24.5.2011.mase tu my baby dh berusia 10weeks. but i went to the clinic on 25.5.2011 ats sebab yang tak dpt dielakan.huhu..diringkaskan cerita, aku bertemu doctor pagi tuh. doctor baru..chinese guys..look amature..hhrrmm..layan kan jer..nak cerita sikit..before this i'm not feeling very well.so my husband took me to the clinic..i have my 1st baby scan on 10.5.2011..Alhamdulillah..for the 1st time, i can see my baby's heartbeat..i cried. feeling grateful..can't believe..in my tummy ade satu nyawa yang sangat berharga.its our baby.Allah.You the Greatest.thanks God.that was on my 7weeks pregnancy...my precious baru sebesar 1cm mengikut kate doctor la.i'm really happy..my husband also ;)...the berbalik kepada check - up di atas, the doctor scanned my tummy but i've felt a bit uncomfortable with his service..mungkin masih kurang mahir menggunakan the clinic equipment..hhhrrrmmm..layan kan lagi..then he show me my baby but aku tak dpt lihat dengan jelas. he said that my baby already 2cm.wahhh..baby semakin membesar yer..mommy happy sgt dengar..i have to come back on 21.7.2011..to scan my baby.time tu my baby around 18weeks..tak sabar!..after finished all, aku drive balik opis around 10am.ok.finish kat sini untuk cerita my 2nd check-up.

Next.....


Aku melalui kehidupan sebagai seorang bakal ibu seperti biase dengan morning sickness yang tidak melampau dan kadang2 mengade2 dengan my hubby..biase lah kan..time nih lh nk mintak perhatian lebih..tp tak lah keterlaluan tau...
ok.nak dijadikan cerita.9.6.2011..pagi tuh aku kerap ke toilet..selang tak brape minit nak g toilet..i thought simptom biase as a preggy women.mase kat opis tu,klu tak salah, mase 3rd time g ladies, aku tgk kat my panties ade 2 tompok kecik mcm nak period tuh..OMG!...what is this..aku dh stat berdebar2...mcm2 bermain kat kepale otak nie..bleeding ker aku????Ya Allah..jgn lh pape...tanpa berlengah lagi, i took my h/bag, car key and went to the nearby clinic..i citer lah kat doc what had happened then the doctor said we must scanned 1st..mebi die pon takut nk wat andaian..aku pn scan lah..ya Allah..aku dpt lihat mcm ade benda yang tak kene..muke doctor pon dh lain..tak mcm mase mule2 aku scan dlu....dalam hati bercakap,,Ya Allah..jgn lah pape...knp ni..aku tkt nak wat andaian sendiri..dengan nada yang agak lemah, the doctor said that my baby has stop growing...(dh rase nak meleleh mase taip ni) Ya Allah.dh mcm2 bermain kat kepale otak aku nih..betol ker????aku keep on asked the doctor..please said something yang boleh melegakan hati aku nih..doktor soh aku g gh or any specialist to make a confirmation..dr cara die explain, bunyi nye mcm my baby has gone..Ya Allah...i hope ade miracle.bkn lah seperti yang dikate..after doctor ckp cm tuh, aku dh tak leh berenti menangis.mcm banjir dh..hati ni, tuhan jer lah yang tau...lame jugak lah br aku stopped crying.tak pasan.sedih yg amat sgt!.sob sob..seb bek doctor tuh leh paham..aku called suami aku.but i dont know how to explain..tp dengan sape lagi harus ku luahkan...Ya Allah...he surprised! suami aku nye suare soalah2 nak menangis aku dengar..on the spot die kate dia balek nak bawak aku g specialist...aku kuatkan semangat.aku drove my car balek uma.hrp ade keajaiban...tp sbgi insan biase yang lg lemah, aku tak dpt menahan rase sebak dan sedeh aku.aku stopped kat tepi jalan..dh tak leh tahan perasaan nie..aku menangis sepenuh hati..Ya Allah...besar nye dugaan nie.susah nak digambarkan dengan kate2 perasaan aku mase tu...

dipendekkan cerita, setibanya my husband dengan penuh sayu die pandang aku, aku yang tak tau nak ckp ape diam kaku.tak sepatah ayat pon kuar..air mate jer yg meleleh..he came to me & hug me tight, then he said, "jom kite g confirmkan sayang"...kiteorg tak g gh but kiteorg g speciallist kat Muar tempat kiteorg check-up for penyuburan mase lom dpt baby dlu...miracle yang aku harapkan tak berlaku.after scanning the doctor also said the same thing.he said that was a normal case.tak semua bayi akn terus berjaya untuk dilahirkan..but why me????? Ya Allah.aku harap aku akn tabah.i've do my D&C.mebi itu solution terbaek untuk kami. hopefully..speechless..rase dh tak tau nak ckp ape lg.hati dh rase cukup punah..baby yang sgt2 dinanti telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya..subhanallah..sedih nye tak terhingga..1st time ever i seen my hubby cried since i married him..sorry dear...ayang pon tak sangka jadi cm ni.ape yang menyebabkan baby stopped growth.i dont know the facts..but he never salahkan aku.so do i..ini sudah ketentuan Ilahi.wlu pon berat tp ini lah hakikatnye...so the next day that was on 10.6.2011, our baby has gone forever..semoga Allah merahmati baby ibu & ayah..sesungguhnya, kami sgt rase bertuah kerana berpeluang memilikinya selama 3 bulan. ya..3 bulan yang sgt indah.


kdg2 aku rase susah nak terima but I have to remind myself everything happens for a reason. I don't know the reason for this, but I have to accept that Allah knows best. Kami redha :'(...the sad ending of ours... segala yang berlaku mesti ada hikmahnya. we believe that. Ya Allah, jangan lah Kau biarkan kami kesunyian tanpa dikurniakan zuriatmu. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui Segalanya. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.


The End.

Buku Merah Jambu


Excited nye pasal, masuk jer minggu ke-6 aku dh wat buku merah jambu!..25.4.2011..tu lah tarikh nyer.aku g lah ke clinic dengan ditemani suami.die sanggup cuti nak teman saye.hehe.

1st time check-up, byk benda nak kene buat..nurse dh mcm reporter.prosedur.first thing, she took my information me & my husband,then i've do my urine test,hiv test, blood test,blood pressure & so far and so on....hb aku ok.13.6.so far ats 11 ok. klu bwh 11 jd kes anemia. kurang darah. syukur. hb aku masih ok.masih tinggi.alhamdulillah..so the registration going well.. the result was fine :)

last session, jumpe lah ngan nurse aka bidan masyarakat...punya lah excited nurse tuh terangkan kat aku cara2 chek breast pemakanan sume. a new mommy-to-be, kene dpt byk info..die ckp nak scan baby mase baby 10 minggu nnt baru boleh.skrang my precious masih kecil..wat mase ni still lom dpt jumpe doc, next check up baru dpt..sebelom balek aku dibekalkan dengan empat ubat..

so my another check-up was on 25th may 2011..so wonderful journey so far. syukur..

Morning Sickness



saat mengandung, adalah saat yang paling indah dalam hidup seorang wanita yang bakal bergelar ibu :)...
banyak sangat pengalaman baru setiap hari. aku sungguh rasa bertuah kerana diberi peluang untuk melalui nya..dan semestinya setiap ibu tak terlepas dari morning sickness..cume situasi dan alahannya berbeza.tapi demi kandungan yang dicintai dan dnanti2 kan, semuanya akan dilalui dengan sabar dan tabah :).. and of course aku turut merasa morning sickness.. here my pengalaman yang aku nak share..

my shortlist:

1. yang paling ketara adalah aku cepat penat. lepas tu rasa macam termengah-mengah..adoiii...pergerakan yang sepantas kilat seperti dlu dh tak leh nak wat dh..jap2 duduk..penat!

2. cepat lapar....yes of course!..tapi tak tau nk makan apa..tengok tu tak nak, tengok ni tak nak..sume favourite lauk aku , aku dh tak craving lg dh..ikan cencaru bakar dh tolak tepi..yang aku rase selera tgk sambal..hari2 mkn sambal.smbl ikn bilis lh yg plg best.hhehe..asal kan mkn..klu tak sian my precious lapar.mlm2 sblom tdo msti crk roti..klu tak tak leh tdo.haha...haaa..satu lg, dlm kete msti ade asam..klu tak pening..nak uweeekkkkk!!!huhu

3. ok..yang ketiga nye plak, aku cepat rase nak muntah..lebih2 lagi mase gosok gigi..skali jer penah muntah..pastu takde dh..tp..everytime gosok gigi msti rase ungood feeling...huhu...then agak kurang selesa dengan bau org menumis kat dapur...padahal tuh lah benda yang aku suke bau dlu...

4. yang keempat ni cm kesian sket lah kat suami...aku tak leh bau badan die..msti rase pening.bau bilik pon aku tak leh tahan.rase cm tak selesa.masuk bilik msti kene sembur febreze.baru ok sket..time tdo tu jau lah sket.tp tak lah smpi berasing plak.leh thn lg.sian lor...sorry dear ;(

5. cepat mengantukkkkksss!!..kejap2 menguap..tp aku takut nak tdo especially dekat opis time rehat tu.dh penah try dh sebab nnt lepas bangun, pale aku rase berat sgt.then, keje pon tak leh nk wat..kene amek mood lame sket br lah boleh stat balek..so menahan jer lah...

6. mengidam???aku cm rase aku mengidam nak mkn mknn kat kuantan tmpt lame aku blaja dlu..tp aku tak ikutkan sgt..jau tuh..sian plak suami nnt..

rase lain sgt..perbezaan tu mmg terase bile dibandingkan semula mase belom peknen .hehe...tp tu jer lah yang aku rase...yang len2 tuh bese2 jer la...korang nye cm ner plak???kongsi lah yer. daa..




Wednesday 22 June 2011

Lelaki Ucap Maaf Buat Jantung Perempuan Sihat


I've got another one from my email. Lets share..this is a good news for us Ladies...hihi :P

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.


Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafazkan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.
 

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.



Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.



Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.



Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.



Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.



* haaa...Encik Suami, jot down this note k ;D

Adab Mendengar Azan


agaknye ape yang kite buat kan bile dengar azan.cer rewind balek...tak kesah lah..kat tv ker...radio or masjid etc.....????? aku??? aku pon tak terkecuali kdg2 kurang mengendahkan..leka padahal dh dengar dh..dpt2 lagi ngah tgk tv, tgh berborak, dh sakan sgt pon payah nak berenti bile dengar tuh..huhu..meh lah kite bace artikel kat bawah ni..same2 blaja dr kesilapan.....renung2 kan lah...dan selamat beramal ;)




Adab Mendengar Azan Yang Boleh Menjadi Satu Faktor Untuk Ke Syurga



Setiap Kejadian Tuhan Pasti Ada Hikmahnya.............



Allahu Akbar!!

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ' Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib menghormati azan banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin.

 
Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.Subhanallah. ..
 

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.
 

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dila ungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India. Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dila ungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .
 

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dila ungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dila ungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
 

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
 

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus. Allahu Akhbar!   

Walaupun entri ni agak panjang, marilah kengkawan, kite luangkan mase membaca artikel ni dr seorang penghantar emel yang budiman .....FIKIRKANLAH, tepuk dada tanya iman.

Wallahualam...

 

Resepi Hari Ini


Kari Ayam Mak Mertua Saya ;)

Bahan-bahannya : 

Sedikit Rempah Ratus, Bawang, Halia
Daging Ayam
Sedikit Cili
Serbuk Kari Daging
Serbuk Kunyit
Serai
Santan
Air
Kentang
Minyak
Garam Secukup Rasa

Cara Memasak :

1. Panaskan minyak. masukkan rempah ratus kemudian diikuti dengan bawang dan halia yang telah ditumbuk.setelah garing, masukkan cili+serbuk kari+sesudu serbuk kunyit yang telah digaul bersama ke dalam periuk.tumiskan bersama sehingga kelihatan garing dan masukkan sedikit air supaya tidak hangit ;)

2. Selepas itu, masukkan ayam ke dalam periuk..biarkan ayam sebati bersama bahan di atas dan tambahkan sedikit air supaya ayam cepat mengecut.serai yang telah diketuk dimasukan bersekali untuk mendapatkan bau yang wangi dan menambah selera.setelah air kelihatan kering masukan santan yang telah diperah ke dalam renehan ayam tersebut.didihkan ia sehingga beberapa minit dan masukan kentang.masak ayam bersama kentang sehingga empuk.

3. Hidangkan bersama nasi panas, ikan masin dan air sirap sejuk. Sungguh sedap. Mesti cuba ;)))



* perut aku pun tengah lapar, jom kite g makan ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...