Wednesday 22 June 2011

Resepi Hari Ini


Kari Ayam Mak Mertua Saya ;)

Bahan-bahannya : 

Sedikit Rempah Ratus, Bawang, Halia
Daging Ayam
Sedikit Cili
Serbuk Kari Daging
Serbuk Kunyit
Serai
Santan
Air
Kentang
Minyak
Garam Secukup Rasa

Cara Memasak :

1. Panaskan minyak. masukkan rempah ratus kemudian diikuti dengan bawang dan halia yang telah ditumbuk.setelah garing, masukkan cili+serbuk kari+sesudu serbuk kunyit yang telah digaul bersama ke dalam periuk.tumiskan bersama sehingga kelihatan garing dan masukkan sedikit air supaya tidak hangit ;)

2. Selepas itu, masukkan ayam ke dalam periuk..biarkan ayam sebati bersama bahan di atas dan tambahkan sedikit air supaya ayam cepat mengecut.serai yang telah diketuk dimasukan bersekali untuk mendapatkan bau yang wangi dan menambah selera.setelah air kelihatan kering masukan santan yang telah diperah ke dalam renehan ayam tersebut.didihkan ia sehingga beberapa minit dan masukan kentang.masak ayam bersama kentang sehingga empuk.

3. Hidangkan bersama nasi panas, ikan masin dan air sirap sejuk. Sungguh sedap. Mesti cuba ;)))



* perut aku pun tengah lapar, jom kite g makan ;)

2 comments:

  1. hhmmmnnn terbau-bau sampai ke jelebu..my faveret lauk tuh..hehe..mana gambar lauk nyer..klau ada pasti lagi menggiurkan..hakhak..

    ReplyDelete
  2. mestilah ade..cepatlah pulang ;P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...