Thursday, 4 December 2014

[holiday] Honeymoon at The Legend Water Chalets, Port Dickson

Pernikahan kami telah pun menjangkau usia 5 tahun tapi macam biasalah baru sekarang aku nak share. sebab semestinya ia adalah salah satu my good old days buat kami berdua. haha. kami nikah pada 1.8.2009. dan ini adalah percutian kali pertama bagi kami di hotel dan aku sendiri. 1st time check in sendiri. kalau trip pejabat bukan aku yang uruskan. ni buat-buat pandai je masa kat kaunter. hahaha

nak bagi pencerahan sikit. majlis kami unik sikit. walaupun kami senegeri tetapi majlis kami berlanjutan sehingga 3 minggu. side husband kahwin 2 pasang pengantin. suami dan abang nya. kami nikah dulu sebab pihak abang ipar kami dah pilih tarikh 7.8.2009 untuk tarikh bahagia mereka. kami menurut je. yang penting dapat kahwin. haha.. majlis bertandang pulak akan diadakan pada 15.8.2009. majlis seminggu sebelum puasa. gilee.. pengantin baru. pempaham la. hahahaha. tapi nak wat macam mana, asalkan kami dapat ikat ikatan yang sah. tu yang lagi penting. 

perancangan honeymoon kami taklah se complicated orang lain. kami memilih tempat percutian yang dekat sebab kami dah banyak cuti lompat-lompat. dan satu lagi puasa pun dah hampir, takut tak sempat nak honeymoon nanti. haha. masa ni aku sempat google sebelum kahwin nak cari tempat berbulan madu.. aku jumpa hotel ni. kami holiday 2 hari 1 malam je. kami bayar around rm200++ included breakfast. hotel ni menyediakan bilik jenis Water Chalet dan Tower Seaview. harga mengikut keekslusif bilik yang ditawarkan. untuk kali pertama, kami pilih Tower Seaview. boleh tengok keadaan hotel dari posisi eagle eyes. konon. haha. aku tertarik sangat dengan senibina dan keadaan dalam bilik. husband memang tak da masalah dengan pemilihan tempat. dapat bercuti berdua dah cukup indah. haha.

gambar dari balcony. pemandangan Water Chalet dari atas. macam rumah terapung atas air. menarik sangat!

 tempat bermalas-malasan dan beristirehat.

 siap dengan jakuzi. 


 ada dua katil. satu katil besar dan satu katil yang agak kecil. bilik ni memang besar.

 from our window.

 ada balcony. tapi kecil je ruangan nya. ada dua buah kerusi untuk bersantai-santai.

 upss.. gambar gegar. hihi



lepas breakfast pagi tu, seperti kebiasaan kami akan meround kawasan hotel. cuci-cuci mata and riki tempat manalah tau kalau nak stay kat sini lagi kan. haha.

 berehat kat gazebo di lorong pejalan kaki.nampak tak bangunan putih sebelah kanan, tu lah Tower Seaview.

 suami tercinta. hihi

 jam hantaran kami. ngeh..ngeh.. ngeh..

berseri-seri tak muka pengantin baru? haha

 the maps. supaya tak sesat nak cari nombor bilik. haha

 encik abang yang sporting nak bergambar mengikut permintaan ku. haha

 in front of hotel.

a.k.a Lexis right now

alhamdulillah. percutian bulan madu kami cukup indah. tiada demanding dan simple sahaja. hotel pun menarik. semoga percutian kami boleh memberi inspirasi pada kalian. kita jumpa di next entri. daa..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...