Wednesday 29 June 2011

Back On Track


setelah bercuti selama 21 hari, memang malas sangat nak start kerja. aku pantang di rumah mertua. sampailah masa untuk balik rumah mak pula. rasa seronok jugak duduk rumah jadi housewife ni. hantar suami pergi kerja. tunggu suami balik kerja. kalau diberi pilihan, aku pilih untuk jadi surirumah. suami pun suka. tapi memandangkan pendapatan suami yang sederhana, aku perlu bekerja untuk membantu. ekonomi sekarang bukan macam ekonomi dulu. nilai duit dah jatuh. bukan senang nak membina keluarga. tak pa. bukan satu perkara yang berat untuk aku. aku mula kerja selepas tamat pengajian. so, dah jadi perkara biasa bagi aku.

suami bekerja di Jelebu. aku bekerja di Jasin. setelah berbincang, kami memilih untuk tinggal di rumah keluarga suami aku di Lendu, Alor Gajah. suami drive agak jauh untuk ke office. almost 2 hours. setiap hari dia memandu hampir 4 jam pergi dan balik. aku turut memandu 2 jam lebih pergi dan balik ke pejabat. pengorbanan. kalau suami boleh berkorban, aku mesti boleh berkorban. sumber kewangan yang terhad membuatkan kami lebih matang untuk melalui hari-hari mendatang.

dalam satu perhubungan, tak boleh pentingkan diri. kena ada tolak ansur dan menerima seadanya pasangan. aku dapat merasai yang kami sedang melalui satu keadaan yang menuntut kesabaran kekuatan mental dan emosi serta kepercayaan. 

rezeki yang telah pergi itu, kami simpan jadi kenangan terindah dalam cinta kami. Tuhan ada perancangan yang lebih baik untuk kami. in shaa Allah. sekarang hidup perlu diteruskan. kami perlu lebih berusaha dan bersangka baik. segalanya ada hikmah. 

kembali seperti biasa. aku dah start kerja tak berapa hari lagi. semoga segalanya baik-baik sahaja.

daaa.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...