Friday, 7 November 2014

Bot Berhias Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2014


Salam semua,

di kesempatan ni aku nak share sedikit pengalaman dan kegembiraan yang aku dan team mate semasa memasuki pertandingan Bot Berhias Sempena Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2014 pada 31 Mei dan 1 Jun 2014 yang lalu. seperti tahun-tahun sebelum, acara ini cuma melibatkan satu hari, tetapi untuk kali ini, acara dipertandingkan selama 2 hari. hari pertama adalah untuk acara perarakan dan perasmian oleh TYT Melaka dan hari kedua adalah hari pertandingan sebenar. kerja-kerja menghias dan meletakkan bot diarah dibuat di Sungai Pengkalan Rama berhampiran jeti River Cruise. bot-bot yang bertanding diarah bersedia di Jambatan Hang Jebat, Taman Rempah dan akan melalui Jeti River Cruise dan seterusnya menyusuri Sungai Melaka sehinggalah ke muara iaitu di Quay Side Bandar Hilir. Tema pada tahun ini adalah Appreciate The Beauty Of Nature. kriteria permarkahan adalah terdiri daripada pencahayaan, mengikut tema dan keunikan serta keistimewaan hiasan bot. semasa acara berlangsung, aku just standby di sungai Pengkalan Rama Pantai manakala team mate aku standby di Quay Side. kami agih kan tugas macam ini supaya dapat melihat bot kami di kedua-dua tempat.

pertama kali aku diberi tugasan sebegini. memang sangat berbeza dengan senarai tugasan aku sebelum ini. sangat mencabar mental dan fizikal. dari kerja-kerja mencari pembekal, menghadiri mesyuarat penyelarasan, memastikan keperluan bot dan pengemudi bot seperti menyediakan insurans dan bertugas sehingga selesai pertandingan, aku adalah salah seorang yang diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk bersama-sama menjayakan bot kami. selain daripada aku tidak punya langsung pengalaman melibatkan aktiviti sebegini, ia juga memerlukan kudrat untuk bergerak ke sana ke sini. perlu pandai manage. sedikit sebanyak ia mengajar aku suatu ilmu yang belum pernah aku tahu dulu. pengalaman adalah sesuatu yang tidak boleh dibeli tetapi ia perlu dicari. aku bersyukur dapat pengalaman ini walaupun ianya bukanlah sesuatu yang aku minta. terima kasih tak terhingga pada suami tercinta yang ada bersama dan memberi aku kata-kata semangat semasa menemani aku di hari penting buat bot jabatan aku. tanpa sokongan dia, mungkin aku tak boleh memberi komitmen setinggi ini. thanks abang. hihi. and to my lvely son, sorry dear. ibu kena worked at weekend. duduk dengan nenek and tak mo nakal-nakal tau :(

daripada 35 bot dari pelbagai jabatan dan agensi yang join, alhamdulillah, pejabat aku telah dipilih dan dinobatkan sebagai pemenang Tempat Pertama untuk pertandingan tersebut. rasa berbaloi sangat hasil usaha kami dihargai, syukur kami telah ditemukan dengan pembekal dan pembuat bot berhias yang sangat komited! 2 hari aku berkampung di tepian Sungai Melaka semata-mata untuk sama-sama menjayakan acara tersebut.komitmen yang aku berikan adalah atas dasar tanggungjawab. memang sepatutnya begitukan. setinggi-tinggi pengharagaan kepada pihak pembekal especially ownernya, Datuk Ho yang sangat-sangat mesra dan bersungguh-sungguh dalam menjayakan bot kami. alhamdulillah, dan dia juga adalah seorang yang menepati janji. hihi. keputusan tidak diumum pada malam itu. keputusan dimaklumkan kepada kami melalui surat rasmi beberapa minggu selepas acara berlangsung. penyampaian hadiah adalah pada majlis penutup festival sungai Melaka. nak kasi surprise la gak nya kot. hihi

kalau nak dikirakan kos memang agak mahal jika nak dibandingkan dengan peruntukan asal yang big bos aku luluskan. tetapi atas kesungguhan untuk meraih nama baik jabatan, usaha kami berbaloi. walaupun kos yang dilaburkan tidak dapat dicover dengan hadiah yang kami peroleh, namun nama baik jabatan dapat kami harumkan di pertandingan tersebut. kami menerima hadiah utama berupa Trofi Kemenangan, Sijil Penyertaan, Wang Tunai RM 7,000.00 dan Replika Cek untuk kenang-kenangan. Alhamdulillah.

Aku kongsikan gambar bot kami serta bot-bot yang turut serta dalam pertandingan tersebut.





inilah bot kebanggaan kami. hihi


pemandangan di waktu siang.


interframe.haha


beautiful night! hihi


suasana malam di Sungai Melaka ketika itu, seronok sangat tengok bot masing-masing yang bercahaya..





bersama Datuk Ho yang sangat sangat sporting!


smart gambar ni. aku suke! haha


Datuk Ho turut memeriahkan bot kami hari tu. Thanks Datuk!




bergambar dengan orang kuat. thanks. ada rezeki leh kerjasama lagi lepas ni. hihi



orang yang banyak kasi saya kata-kata semangat. dia pun nak tumpang bergambar.
abadikan kenangan katanya. hihi


alhamdulillah. selesai tugasan aku untuk kali ini.




 aku share sekali gambar bot-bot dari jabatn dan agensi lain untuk tatapan korang;


Bot Jabatan Ketua Menteri Melaka


Bot Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah


Bot Jabatan Pertanian Melaka


Bot Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)


Bot Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB)




Bot UTeM


Bot Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah


Bot MAMEE




Bot Melaka FM


Bot Kolej Komuniti Masjid Tanah


Bot Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG)


Bot Melaka Holding Sdn. Bhd.


Bot PERZIM


Bot Jabatan Perbendaharaan dan Bendahari Melaka


Bot Politeknik Merlimau


Bot Kolej Komuniti Bukit Beruang


Bot PERTAM


Bot JKR


Bot Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)


Bot FAMA




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...