Wednesday 17 August 2011

Ulang Tahun Ke 2


bagi aku anniversary sesuatu yang mesti diraikan walau dalam keadaan simple mana pun.itu tanda kita menghargai orang yg kita sayang. tanggal 1.8.2011 lepas merupakan ulangtahun kedua perkahwinan kami sebagai pasangan suami isteri. alhamdulillah..just having a simple dinner..lagi pun kalau masih ingat lagi pada entri aku yang lepas, aku dah pun pergi bercuti in advance. 

sepanjang dua tahun usia perkahwinan kami, kami masih belum dikurniakan zuriat. mac lalu kami dikhabarkan berita gembira tetapi kami kehilangannya pada bulan jun. Allah maha berkuasa ke atas setiap kejadian. aku sempat merasa mengandung selama 3 bulan. sungguh pun begitu aku bersyukur.

dan kini, kami masih duduk bersama orang tua. setahun yang lepas, kami tinggal di rumah orang tua aku. dan sekarang kami tinggal bersama orang tua sebelah suami. tapi memandangkan belum lagi berkesempatan dan berkemampuan untuk beli rumah dan tempat kerja suami lebih hampir dengan rumah mertua, jadi kami memilih rumah mertua untuk stay. 

tapi bila dah berkahwin ni, aku rasa duduk bersama orang tua agak kurang selesa. adalah lebih baik tinggal berasing. lebih selesa. inilah masanya untuk menggalas tanggungjawab bersama. senang bersama. susah pun bersama. itu pun merupakan salah satu tuntutan hidup berumah tangga. dan kita lebih mengenali pasangan kita. 

untuk ke tempat kerja puala, suami memandu hampir 2 jam setiap hari. dan aku 1 jam. memang memenatkan. tapi tuntutan kerja, kami harung juga. ini rezeki kami. cuma kami mencuba untuk mendapatkan peluang yang lebih baik selepas ini. suami dalam permohonan untuk pindah. aku sangat-sangat berharap semoga urusan permohonan itu dipermudahkan. dan semestinya kami berharap untuk punya zuriat yang kan menambahkan keceriaan dan memberi makna kepada ikatan suami isteri..

walau bagaimanapun aku tetap besyukur..mungkin apa yang berlaku ade hikmahnya.masih cukup duit untuk sara hidup. ada tempat untuk berteduh. ada kenderaan untuk digunakan. alhamdulillah. harapan aku semoga kehidupan aku dan suami akan bertambah baik dan lagi baik selepas ini. banyak yang kami sedang rancang. dan aku harap kami dapat capai sebelum umur mencecah 30. hopefully.

dan apa yang paling aku harapkan, semoga ikatan suami isteri yang terbina kekal hingga hujung nyawa dan sentiasa bahagia dan bertahan walau diuji dengan apa jua segala cubaan dan dugaan serta godaan. supaya kami sentiasa berkasih sayang. supaya kami sentiasa diberi akal yang matang dan waras agar dapat menyelesaikan apa juga musibah yang mendatang. semoga hubungan kami sebagai suami isteri yang diberkati Allah. dan seperti pasangan lain, kehadiran zuriat adalah impian setiap insan yang bergelar suami dan isteri. semoga Allah memberi kami zuriat yang normal sihat soleh sempurna yang mana merupakan pelengkap kebahagian. in shaa Allah.. amin.






 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...