Thursday, 15 May 2014

[travelogue] Pertama Kali ke Cameron Highlands

saja nak kongsi. untuk rujukan kawan-kawan yang nak bercuti ke Cameron Highlands. aku mulakan dengan percutian kami bertiga. sebenarnya untuk pengetahuan semua, kami tak pernah bercuti sejauh yang kami pergi ni. pilihan utama kami cumalah sekadar Port Dickson dan kawasan sekitarnya. itu kebanyakannya semasa kami masih berdua. disebabkan banyak kekangan masa, duit dan keadaan kenderaan so kami memilih tempat yang lebih dekat dan sesuai untuk percutian berdua pada waktu itu.

nak dijadikan cerita, pertengahan tahun lepas, pertama kalinya kami ke Cameron Highlands. macam tak percaya sebab aku cukup takut untuk mendaki gunung berliku tu. aku agak gayat dengan ketinggian. kami memilih tempat percutian ini sebab agak rasa teruja untuk berholiday ke tempat yang diidam-idamkan cuma belum ada kesempatan.. lebih kurang macam fear factor. cabar diri untuk pergi. kalau tak pergi, bila lagi kan. haha. puas pujuk suami untuk menurut permintaanku. aku lah mastermind untuk percutian ini. disokong suami tercinta.. and of course anak aku follow je. hahaha. ketawa suka. lalala..



first interframe
heading to Cameron Highlands. yeahhhh...

dari exit Tol Ayer Keroh, perjalanan mengambil masa dalam 3 jam untuk sampai ke exit Tapah. kami memilih untuk exit tol Tapah. sebab kami diberitahu oleh mereka-mereka yang pernah ke sana, mendaki ikut tapah, kita akan mendaki sebelah bukit. kenderaan yang dari arah bertentangan akan menuruni gunung sebelah gaung. so agak tak berasa tak berapa takut bila mendengar walaupun jauh disudut hati sentiasa berasa bimbang. agak mudah jalan untuk ke sana. selepas exit Tapah, bermula la jalan untuk mendaki gunung cameron. aku istigfar banyak-banyak. masih tak tahu apa yang bakal kami tempoh sepanjang perjalanan. memandangkan kami berdua tak pernah sampai ke sana. nak tak nak, kena la redah.dari start exit tol Tapah sampailah ke Ringlets mengambil masa sejam lebih. sepanjang perjalanan mendaki, berpuluh selekoh kami lalui. yang sempit yang lebar. semua ada. dihiasi dengan rumah-rumah aborigin disepanjang jalan. taklah rasa sunyi. tapi sesekali berselisih dengan kenderaan dihadapan, terasa jugak takut. faham-faham la. jalan yang memang cukup-cukup untuk dua kenderaan. agak sempit. alhamdulillah. cuaca baik sepanjang perjalanan. semakin menghampiri puncak, suami tutup aircond. nak rasa angin sejuk katanya. ye. memang agak dingin. baru terasa di tanah tinggi. haha. layankan jela. alhamdulillah, anak aku tak meragam sepanjang perjalanan. dia sangat behave. sayang anak ibu. hihi. tempat pelancongan pertama yang kami lewati tentulah kawasan Air Terjun Lata Iskandar. kami just tengok through the window. suami cakap tak nak berhenti. dia nak sampai awal ke puncak. aku ok je sebab aku pun sama. haha


air terjun Lata Iskandar


Pertama-tamanya, perhentian kami semestinya Ringlet. memang sangat teruja melihat ladang teh terbentang luas. disaksikan depan-depan mata. selama ni tengok dalam tv je. haha. poyo. ladang teh ni bukanlah ladang teh boh tapi Ladang Teh Cameron Valley dimana Teh Bharat dihasilkan. aku confius sebenarnya. kalau nak tau, keconfiusan aku sehingga aku menganggap cameron valley adalah ladang teh boh. jadinya, aku tak la pergi ke ladang teh boh di Sungei Palas. how poor i am. tu lah. tak wat research betol-betol sebelum pegi. nak buat cam mana. perkara pun dah lepas. haha. ok2, sambung balik. kat atas ni, sesekali ditiup angin, dingin je rasa walaupun matahari agak cerah.haha. gayat semacam je aku rasa time tu. tapi memang feeling awesome! walau pun penat tapi kami pun rasa puas.



my driver of the day. 
my 2 heroes.



Ringlets. Ladang Teh Cameron Valley. Bharat Tea
sejuk mata memandang. tempat percutian yang mendamaikan minda dan jiwa.



savely arrived.
terima kasih wahai encik kereta. alhamdulillah.
menjejakkan kaki ke tanah tinggi Cameron Highlands






abadikan kenangan.


setelah melepaskan penat lelah sekejap, kami teruskan perjalanan. kami rasa excited sangat. kiri kanan aku pandang. menikmati pemandangan. haha. kami plan check in di Brinchang. untuk ke Brinchang dari Ringlet kami melalui satu kawasan yang sangat dikenali iaitu Tanah Rata. di situ kami lihat pekannya agak padat dengan kedai, penempatan, bangunan kerajaan dan semestinya tidak terlepas hotel serta chalet untuk penginapan pelancong. banyak jugak aku tengok tempat-tempat untuk dilawati. ada beberapa tempat aku spot. satu pekan yang complete. just imagine, dari gunung ganang yang kami lewati yang tidak punya penghuni, kami berjumpa dengan satu penempatan yang agak padat. ramainya manusia atas gunung ni rupanya. macam penempatan penduduk yang biasa kita tengok di bawah sana. haha. apalah aku ni. sampai macam tu skali aku fikir. tapi aku tak sempat nak snap gambar. korang leh google k. hihi




dari Ringlets perjalanan diteruskan ke Brinchang melalui Tanah Rata.



kami just walk-in. kami pergi hujung weekdays. hari khamis hingga sabtu. so tak pening kepala nak booked hotel. kami memang target nak stay di Brinchang. hari kami pergi ada night market. memang seronok. kami check-in di Country Lodge, Brinchang. belakang bomba Brinchang. tengah-tengah bandar Brinchang. kami di charge mengikut harga weekday dan weekend sebab kami check-in 20 - 22 jun 2013. 22 jun jatuh pada hari sabtu. so telah dianggap weekend. weekday rm98 dan weekend rm198. jauh jugak gape harga. tapi itu masih dalam bajet. oklah. keadaan hotel yang sangat bersih dan kemas. aku suggestkan untuk korang stay kat sini. ada private parking. so far, ok lah. just nice. hihi. aku terlupa nak capture gambar hotel. yang ada pun gambar entrance masa aku check out. aku pastekan nanti ye.. hihi


lepas dah check in, dah dapat luruskan pinggang, berehat, anak aku pun letih sampai tertidur petang tu, malam tu kami makan di Ikan Bakar Pak Nik. belakang Masjid Kayangan Brinchang. tak jauh dari tempat lojing kami. sedap. harganya, standard ikan bakar. haha



malam pertama kami disana. wajah dua insan kesayangan saya yang sedang lapar. haha


dan seharusnya aku ada. muka tunggu makanan. laparrrr....



kami pun dah kenyang. malam pertama di cameron, tak banyak aktiviti kami buat. mungkin dah terlalu penat. suami aka driver nak rehat. esok kami sambung jalan lagi.

day 2 : 
pagi tu kami selepas breakfast di KFC, haha, kami teruskan perjalanan. kami ke Cameron Valley lagi. hahaha. aku sebenarnya sangat suka tengok ladang teh. sangat mendamaikan. semalam tak dapat bergambar dengan pokok teh. hari hari ni kami amek gambar banyak-banyak. sampai puas. haha







selamat menjamu mata kehijauan pokok teh. sangat best!


Our 1st time in Cameron Highlands.
20th June 2013 - 22th June 2013

ok. Asyraaf pun da start berangin, jom kita pergi tempat lain pulak. haha


next, ke Cactus Valley dan Big Red Strawberry Farm. tak sabar nak tengok strawberry pulak. weeee

  sebelum masuk tengok cactus kite pose dulu. 



timbunan cactus. bulat-bulat rasa nak picit tapi cubalah kalau berani. haha


yang panjang-panjang pun ada. semacam pulak aku tengok. haha




ayah dan anak bergambar dengan kaktus raksasa

kalau ikutkan aku, aku rasa kat cactus valley ni macam biasa-biasa je. cuma yang best tengok macam-macam jenis cactus. big red strawberry farm terletak di atas cuctus valley ni je. so kalau ke sini dapat pergi dua-dua sekali. jimat masa.




ibu yang over. huhu






kebun strawberry


pelbagai menu berasaskan strawberry


strawberry taste in each foods.



haruslah kita rasakan. 


Asyraaf 1st time makan strawberry and he enjoyed it! yeahhh..



sayur sayuran yang fresh.. hihi


kawasan berbukit. agak penat jugak mendaki ke atas ni. hihi


strawberry self plucking. suami sangat suka sebab dia memang suka makan strawberry fresh. hehe



hasil tuaian kami. setengah kilo rm20. ok la. 
jauh lebih murah kalau dibandingkan beli kat shopping. kan

kalau korang pergi ke cameron ni, aku suggestkan korang pergi ke sini sebab kawasannya nice dan bersih. leh makan-makan pelbagai jenis hidangan strawberry dan relex. banyak parking lot disediakan kat atas ni. cuma yang agak menakutkan kami, jalan menuruni dari farm ni. agak curam dan bahaya lebih-lebih lagi kalau waktu hujan. suami aku pun agak rasa takut masa nak drive turun. jalan turun yang ada selekoh yang agak tajam dan curam. berdebar-debar jugak katanya. aku yang co pilot sebelah pun tekan brek angin. hahaha. so pastikan brek kereta anda dalam keadaan baik. ok! haripun dah petang, kami balik ke hotel untuk berehat. memandangkan hari jumaat, kami tak sabar nak pergi pasar malam Brinchang. banyak jenis makanan yang boleh dicuba dan dirasa. menarik katanya. hehe

so, here you are...





suasana pasar malam Brinchang.


sebagaian daripada hasil tangkapan kami. souveniar & foodies untuk makan malam kami. haha


jaket panas kena pakai sebab memang waktu malam lagi sejuk you ollss. hehe


selesai day 2. time to sleep. 


next day 3 :
kami check out agak awal. sebab kami ada planned nak berjalan di Bandar Ipoh. sebelum balik kami singgah di Rose Centre Kea Farm. 



bergambar sebelum balik. entrance hotel. tak banyak ambil gambar kat sini. so ini jela yang ada untuk tatapan korang.







photographer tercinta kami. hihi


macam-macam jenis rose kat sini. kami tak singgah pun pasar tani kea farm sebab nak kejar masa. cukup sudah tempat yang kami lawati di Cameron Highlands. tak banyak sangat tempat yang kami pergi. memandangkan ini kali pertama kami disini, ia jadi satu pengalaman dan pengajaran. pengajarannya, kene rajin buat research sebelum pergi holiday. aku nasihatkan kalau korang semua nak ke sini atau ke mana-mana sahaja, buatlah research. jangan malas-malas. kalau tak, ia akan merugikan masa. cari sana cari sini tak jumpa. betul tak.

kami turun dari Cameron Highlands melalui Simpang Pulai. takut punya pasal nak turun ikut Tapah, kami pilih jalan jauh sikit tapi jalannya lebar. ia mengambil masa sejam lebih nak sampai ke Simpang Pulai - Ipoh (Bukit Gantang). memang agak terkial-kial nak drive dalam Bandar Ipoh. tak tau nak drop by kat mana sebab itu juga merupakan 1st time kami di Ipoh. lepas berenti makan tengahari, kami teruskan perjalanan ke Lost World Of Tambun. aku rasa itu je tempat yang popular yang aku selalu dengar kalau pergi Ipoh ni. so our choice is there. tak mandi manda pun. sebab hari dah lewat tengahari dan cuaca yang sangat panas, kami menikmati pemandangan saja sambil menunggu Asyraaf bangun. letih sangat anak aku. tidur pun tak payah nak suruh, dia dah lelap sendiri. huhu. sian dia. agak mahal bayaran masuk untuk adult. rm45 seorang. suami aku tak nak masuk tapi aku yang beria nak masuk. alang-alang dah sampai. bayaran untuk anak aku dikecualikan sebab baru setahun. fee untuk budak aku tak ingat sebab free kan. sorry. haha.


main entrance Lost World Of Tambun. memang cantek!






holiday of 3




waktu ni Asyraaf baru berumur setahun 2 bulan dan dia masih belum pandai jalan. baru memapah. so memang berdukung je la jawapnya. hihi


kami exit tol Simpang Pulai lebih kurang pukul 5 petang. berhenti rehat and beli buah kat R&R Tapah. haruslah kan. haha. kami sampai Melaka anggaran jam 10.00 malam. penat tapi rasa sangat enjoy. percutian keluarga kecil kami. sangat bermakna. hehe. banyak sangat tempat yang kami tak sempat pergi. kami planned nak pergi lagi nanti. mesti. sebab terlepas peluang nak ke tempat idaman. Ladang Teh Boh Sungei Palas! huhu

kalau nak diikutkan 3 hari 2 malam agak pack. 4 hari 3 malam better. pada yang belum pergi, pergilah. tak rugi. tempat percutian yang memang best! thumbs up! hihi.


so guys, hope this entry infomative for all. thank you for reading and daaa...








1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...