Assalamualaikum...kali ni intro baik sikit. haha. alhamdulillah, kami diberi kesempatan untuk berholiday di Grand Lexis Hotel Port Dickson. untuk kedua kalinya! sebelum ni hotel yang sama kami menginap ni lebih dikenali dengan nama The Legend International Water Homes tapi disebabkan company ini diambil alih, so namanya sudah bertukar. aku ada sharekan percutian kali pertama kami kat sini pada entri sebelum ni. rajin-rajinlah baca ye. tapi tak kesahlah tu, yang penting aku suka hotel ni. haha..
sebenarnya percutian yang kami pergi ni adalah percutian 2012 yang lalu. dah dua tahun kan. waktu ni aku tengah 7 bulan pregnant anak kami yang pertama kandungan yang kedua. Asyraaf tengah berenang-renang lagi dalam perut. haha. aku excited nak share sebab aku rasakan hotel ni adalah hotel yang paling cantik yang aku pernah pergi. entri kali ni melimpah ruah aku sharekan gambar sampai korang boleh muntah. hahaha.. kami menginap 2 hari 1 malam je. room type Sky Living. tak ingat dah berapa harganya tapi yang pasti selepas dipotong rate untuk gov servant, kami bayar RM400 ++ untuk 2D1N..kedudukan bilik ni adalah di bahagian tower. bukannya atas air macam bilik yang kami menginap dulu. yang paling eksklusif adalah kolam renangnya. memang besar kalau dibandingkan dengan bilik kami semasa menginap di Water Chalet. kalau ada anak ramai pun sesuai. boleh berlari-lari. kalau tak percaya nanti tengok gambar tau. haha..
a warm welcome.
fish-eye. pemandangan dari bilik kami.
ada apa di sebalik semua pintu itu?? haha
ada 2 katil. boleh main lompat-lompat. haha
nampak tak nampak tak pool tu. haha
our mini bar
our bathroom
CNY season. tu yang banyak tanglung.
up to the sky. hihi
at the lobby.
The Hibiscus. satu lagi projek baru dari Lexis Group. aku rasa hotel ni pun dah hampir 95% siap masa aku post entri ni. haha
our room. the best!
superb!
breakfast.
hot mama in da house.
kami sempat buat maternity shoot. husband i jer pun photographer nya. just untuk buat kenang-kenangan. hihi
bye bye. time to check out!
cuci-cuci mata kat lobby. aroma theraphy.
kemengahan.
i loves the color. so colorful. the color of my heart! hihi..
aku bagi 2 thumbs up! dua kali aku pergi dan dua-dua kali tak mengecewakan. kalau diberi peluang aku nak rasa lagi sekali. tapi kali ni nak ke garden living pulak. dan yang pasti bawa kali ni nak bawa Asyraaf pulak. pasti seronok nak swimming sesama. semoga dapat share lagi benda yang best dengan korang semua. selamat berjumpa lagi di lain entri. babai...