Tuesday, 4 November 2014

[travelogue] Journey To The North and Vacation at Langkawi Island

susah betul bila nak bercerita pengalaman bercuti ni bila dah berbulan pergi, sekarang baru nak update. but i try my best. hihi

bermulalah sebuah pengembaraan. haha..ini ceritanya.....

kami sekeluarga sekali lagi bercuti. memang 2013 tahun cuti-cuti malaysia. kami pergi pada 14 hingga 17 November 2014. hope dapat guide pada korang yang nak bercuti ke Langkawi.

sebenarnya masa agak suntuk memandangkan tarikh yang kami pilih semakin menghampiri cuti sekolah penggal kedua. menjadi pilihan utama untuk tidak pergi bercuti masa school break. selain daripada rate hotel yang tinggi, aku tak suka keadaan yang packed! berjalan dalam crowd aku tak rasa percutian aku tu sesuatu yang dicari. bukankah bercuti itu untuk melepaskan tekanan dan mencari ketenangan. setuju right? haha. lagipun berilah peluang parents yang nak holiday bawa anak-anak mereka. jangan pula time tu kita pun sama nak menyibuk. so planned your holiday well.. haha

so direct to the point guys.. its took around 10 jam perjalanan.. jauhkan. memang jauh. percutian yang dirancang tetapi tempat percutian tidak dirancang. macam mana tu. aku dan suami punya dua pilihan. Penang or Langkawi?? but still belum decide even dah nak mulakan perjalanan. tapi apa yang penting ke Utara lah kita ye. haha..Perjalanan dimulakan pada seawal 7.00 pagi..

rasa jauhnya nak pergi. salam tangan mak pagi tu pun rasa sayu. poyo! haha. asyraaf yang belum mandi pun ibu dan ayah dah angkut bawa naik kereta. layankan je la ye nak.. baju aku dah readykan berbeg-beg. sebab dapat rasakan yang aku nak pergi becuti jauh sikit. haha. over.. 

hentian pertama yang kami singgah ialah Hentian Rawang. aku rasa ni 1st time berhenti kat hentian ni. kalau tak salah la..bawa asyraaf pergi mandi. kesian anak aku.. nak pergi berjalan tapi tak mandi.. then, took a simple breakfast just alas perut , perjalanan kami diteruskan lagi. berdebar-debar rasanya. paling jauh kami pergi menggunakan highway plus ni adalah setakat Ipoh je. kali ni kami pergi jauh sikit. sepanjang perjalanan seperti biasalah aku, jejak-jejak yang kami lewati aku abadikan.. buat kenang-kenangan.

red blue theme! haha


Asyraaf pun bosan. layan tab jela ye nak. what else he can do right?
*but jangan ikut. aktiviti kurang sehat.


tumpang lalu. kami nak pergi depan lagi. hihi

saat mendebarkan semestinya selepas exit tol Ipoh Utara . banyak sangat cerita seram dan ngeri kat laluan tu. tapi niat nak berholiday sekeluarga aku gagahkan juga. macam apa je kan bunyinya tapi kalau nak tahu aku jenis cepat rasa gayat kalau berada ditempat tinggi dan tengok gaung. haha..sesekali pandang ke bawah berpeluh rasa. haha





Terowong Menora beb! husband teruja. haha

pelbagai cerita misteri. huhu


kite teruskan perjalanan. encik driver belum mahu berhenti.tak nak sampai lewat petang katanya.

semakin menghampiri R&R yang paling hampir. Jom Kita Singgah R&R Gunung Semanggol! 
Kasi rehat dulu. Jauh lagi perjalanan ni. hihi
masih belum decide!
take a look at the picture below.

jeng jeng jeng... hihi

yeah!!!!! seharusnya bukan Penang kan. hahaha. 

last minute punya decision. memang kerja gila. dah nampak signboard Georgetown, 

husband tanya, "kita nak cuti kat mana ni??"

then his wife jawab;

"abang rasa-rasa nak pergi mana?? kalau abang larat nak drive, kita pergi cuti ke Langkawi. kalau tak, Penang pun ok je. ayang tak kisah".....

then, the husband tak fikir panjang terus je jalan tak masuk pun susur ke Georgetown. haaa.... aku memang excited gile! sebenarnya memang percutian ke Langkawi yang aku idam-idamkan. so, nampak tak permainannya kat situ.. hahaha. nak meminta-minta bawa ke Langkawi tak sampai hati. jauh beb. biar encik suami yang decide atas kemampuan diri beliau sendiri. lebih elok macam tu kan.haha. thanks dear hubby :)

terus aku google jalan nak exit ke Langkawi. pernah sekali menjejakkan kaki ke sana tapi naik bas. so tak tau nak exit mana. just yang pernah dengar-dengar orang cakap, ikut Kuala Perlis lebih dekat berbanding Kuala Kedah. apa lagi, google lah.

untuk information korang semua, untuk ke Kuala Perlis ikut guide aku ni. confirm korang sampai tempat yang dituju dengan mudah. confident! haha

korang just perlu cari signboard:

make sure lepas 3 exit tol;

Tol Juru - Tol Hutan Kampung - Tol Jitra

 Cari Signboard Changloon atau UUM Sintok. 

nanti korang jumpa satu simpang ke Napoh. jalan ni akan melalui Kodiang. jalan tu agak mengelirukan. jangan ambil risiko. jadi abaikan.korang just perlu cari signboard Changloon. nanti korang jumpa flyover besar, simpang ke kiri adalah ke Kuala Perlis, simpang ke kanan ke UUM Sintok. so easy. believe me. aku google last minute then aku jumpa direction ni. memang sangat membantu dan mudah.




sepanjang perjalanan kami menikmati pemandangan sawah padi




nak ke Kuala Perlis mengambil masa lebih kurang sejam. jalan yang dilalui agak beralun. mungkin topografi kawasan berbukit mempengaruhi. sepanjang perjalanan korang akan melalui kawasan sawah padi dan gunung ganang negeri indera kayangan yang sangat mendamaikan. banyak institut pendidikan tinggi sepanjang jalan utama ke Kuala Perlis. memang sesuai.

Selamat Datang ke Negeri Perlis Indera Kayangan.





this is PERLIS yaww!!

alhamdulillah. semakin menghampiri. haha

kami sampai di Jeti Kuala Perlis around 5 petang. berhenti sebanyak 2 kali je sepanjang perjalanan.

untuk share kat korang semua, aku rasa kurang selesa  masa kami dah nak masuk ke kawasan jeti sebab ada sebuah motor macam kasi arahan suruh ikut dia. ermmm. terkenalah ni. kalau game bola, orang panggil ulat tiket. ni lebih kurang la ni. budak lelaki tu suruh husband aku ikut dia parking kat belakang kedai. aku macam biasalah, pantas je geleng. dah lah kawasan kedai tu agak jauh dari laluan orang ramai. haruslah risau kan. dah tak boleh nak elak, terpaksalah melalui dia.tapi yang ok nya dia tolong book kan kereta dengan hotel kat Langkawi. aku pilih hotel dekat kawasan Kuah je sebab hotel yang kat Pantai Cenang tu dah full dan melebihi budget kami. dalam hati berdoa je jangan la kena tipu. Rm200 dah keluar kasi kat mamat ni as pendahuluan. huhu. kami ambil tiket jam 6.00 petang. banyak barang yang perlu dicompress memandangkan banyak sangat beg yang aku bawa.haha

so guys, marilah lihat wajah-wajah yang kepenatan. panas punggung beb!! haha



kami yang tidak memandu pun penat. haha

wajah hero yang memandu all the way Melaka - Kuala Perlis yang kelesuan. thanks sayang!

dah dalam bot nak ke Pulau Langkawi..
yeahhhh.. Langkawi kami datang!!! haha

sebenarnya korang boleh google tapi aku just nak share.
fee shipping - parking - hotel - kereta sewa untuk rujukan korang

1. parking kereta (aku rasa mahal sebab aku kan telah digigit oleh ulat. sebenarnya boleh lebih murah atau pun free! huh. haha)
RM 45.00 (3 hari 2 malam)

2. fee shipping Kuala Perlis - Jeti Kuah
RM 18.00 (adult*2)
RM 13.00 (child*1)
Total : RM 49.00 

3. deBaron Resort, Kuah Bay, Langkawi (3 hari 2 malam)
RM 180.00 per night
Total : RM 360.00

4. Sewa kereta (3 hari 2 malam)
RM 50.00 per day
Total : RM 100.00 
*murahkan. hihi

syukur sangat. walau pun macam ulat tiket, tapi sekurang-kurangnya mereka jujur. apa yang dijanjikan di jeti Kuala Perlis, itu lah yang kami dapat..so dont judge manusia terlalu awal..tapi common sense. adatlah kan. hihi. 

almost about 1hour and 15 minutes, kami selamat sampai jeti Kuah. pukul 7 lebih kami dah sampai. tak dapat lah nak cuci-cuci mata. dan pengalaman pertama encik suami naik feri. katanya.. nampak agak cemas bila selisih dengan feri lain sebab feri kami akan berasa beralun dengan kuat. i steady je. rasa excited pun ada. over kan. haha..

but apa yang penting, akhirnya, encik suami dan dan anak aku sudah menjejakkan kaki buat kali pertama di Langkawi dan kali kedua untuk aku. alhamdulillah. happy tapi badan dah penat. tak sabar nak sampai hotel.apa yang aku rasa adalah nak baring je terusssss. hahaha

masa kami sampai-sampai je jeti Kuah, husband terus call budak kereta yang dijanjikan. dan memang budak kereta tu dah tunggu. semacam jugak nampak budaknya. dalam hati dah berkata-kata. dah lah risau kereta tinggal kat jeti Kuala Perlis. macam-macam je aku ni. wat spoil mood je nak bercuti kan. haha. kami just sewa kereta MyVi. tak berhajat besar nak merasa kereta mewah. asalkan kami bertiga selesa.poyo! haha. kami ambil kereta di Pekan Rabu, tempat kereta sewa. banyak kereta kat situ. pilih je mana yang berkenan.tempat tu dekat dengan kawasan yang kami nak menginap tu. deBaron la pe lagi.. kami check in around 8.00 malam. not bad at all biliknya. sangat selesa bertiga. gambar tak sempat snap sebab terlalu penat... haha. kami keluar sekejap je. itu pun ke KFC. itu je yang paling senang dan paling Asyraaf suka makan. perut pun dah diisi dan sekarang masa untuk beristirehat..........ZZZzzzzzzz ^-^




bermulalah day 1 at Langkawi Island;

Route day 1

Minyak Gamat Ulu Melaka - Mahsuri Tomb - Underwater World - The Zone, Pantai Cenang - Pantai Airport.

Bermulalah pengembaraan aku di hari pertama di Pulau Langkawi. Tak susah. ikut maps je yang aku ambil kat lobby hotel walaupun aku sesat jugak masa mula-mula nak cari tempat minyak gamat yang ada botol minyak gamat yang besar tuh! haha. sengalsss..

just follow your map. kalau internet ok, just connect to waze. so easy. hihi. so guys, just enjoy my picture below k..


borong makcik jangan tak borang. haha

botol minyak gamat - trademark!

mai lah borong..

sapa yang nak bawa balik meniaga, memang berbaloi!
haruslah ibu dan Asyraaf in the frame kan. hihi

then kami ke Makam Mahsuri. aku suka tengok senibina rumah Mahsuri ni. tinggi. then dikeliling kawasan sawah padi. permai. just satu nak cakap, kawasan permai tu lebih kurang macam Makan Tun Teja yang kat kampung aku. hihi. but this the legend. kenalah ziarah. dah sampai. harus lah singgah!


shop lot area MAhsuri Tomb.





waktu ke sini, Asyraaf baru pandai berjalan. memang dia tak mahu dipegang langsung!

we're here!

senibina rumah yang tinggi-tinggi.

rehat sambil menikmati pemandangan.

Perigi Mahsuri.


sambil jalan-jalan sempat juga aku snap gambar through my widow jela..

on our way heading to Pantai Airport.

jeti untuk sesiapa yang nak buat island hoping. kami?? but not this time. maybe later. Asyraaf masih kecil.

sempat sight-seeing tengok pemandangan. seriusly amazing!!

singgah sekap makan kepak ayam kat pantai Airport. memang sedap kata ko!! kalau ke Langkawi singgah la sini. makan kat gerai tepi jalan memang best. dapat-dapat plak tempat flight mendarat. sambil-sambil makan sibuk kira berapa banyak dah flight turun naik. hahaha..

sedap sangat!!!



sedapnya sedut sirap tu nak oiii...

please do come here. santai-santai petang. makan kepak ayam sambil tengak kapal terbang mendarat. haha


lepas dapat minum-makan perut pun dah kenyang, masa untuk beredar. banyak lagi tempat nak pergi. 

on our way to Underwater World, kami singgah tempat Beras Terbakar at Padang Mat Sirat. memang nak ke sini sebab nak membeli. kain batik kain pelikat sudah semestinya. nak bawa balik ole-ole untuk keluarga tercinta. kain batik kat sini cantik-cantik. aku suka.








kain batik pilihan ku semestinya kain batik tulis. kainnya berkualiti dan harga yang berpatutan.
aku sempat rembat 5 helai kain batik dengan 3 helai pelikat. 

next kami ke Underwater World. location, Pantai Cenang. bersebelahan The Zone. sambil menyelam minum air la kiranya. keluar dari water world, leh singgah nyoping. tapi aku tak bersoping pun. husband malas nak berangkut katanya. just cuci-cuci mata jelah. lagi pun membeli-belah bukan keutamaan kami ke sini. hihi 

aku sharekan fee entrance Underwater World :

RM 30.00*2 (adult)
RM 20.00*1 (child)

Underwater World Langkawi nya specialty haruslah Peguin!! so enjoy the picture k..





happynya anak ibu. ibu pun turut happy. hihi


peguin berehat.




sebelum balik hotel, kita singgah sat tengok sunset. ala-ala sunset je pun. hehe

so malam tu kami tak ke mana-mana. kebetulan hujan. kami keluar sekejap je ke Pekan Kuah cari makan then balik ke resort untuk tidur. serius letih sangat..


next, day 2;

kami check out terus awal pagi tu. lepas check out, kami sempat breakfast kat dalam hotel. pagi semalam dah bangun lambat. breakfast luar je. sedap juga makanan dia. aku rasa sangat berpatutan dan agak murah jugak deBaron ni. selain daripada biliknya yang murah, breakfast pun disediakan. sangat sesuai untuk sesiapa yang membajet. aku share kan pemandangan deBoran ni. view lautnya sangat cantikk!!


my 2 heroes.

beria-ria Asyraaf nak berjalan. alahai lah anak.. hihi


in front of the resort.

ok set route day 2;

hari ni misi memang nak 'mendaki' gunung Mat Cincang.. banyak sangat aktiviti. kat sini adalah tempat Langkawi Geopark. selain cable car, korang boleh juga wat aktiviti extreme macam absailing, flying fox, naik duck tours dan macam-macam lagi. tapi aku just naik cable car je. almaklumlah, kita ada anak kecil.kenalah berpada-pada..

kat melaka pun ada tapi tak berhajat pun nak naik. haha

the entrance

the Oriental Village


fee naik cable car

adult : RM 30.00*2
chlid : RM 15.00*1

kami dah ready nak naik cable car ni.. haha

Asyraaf is ready to ride with Cable Car!

please queue everyone.

ibu teruja + takut sebenarnya.

sayup mata memandang. dalam hati dah rasa tak sabar nak sampai. dup dap dup dap..

my hero
abadikan kenangan bertiga. bukan selalu kita ke sini kan. hehe

on 700m above the sea.

see the truly Langkawi. so panoramic.

sayang kamu berdua..

its time to the land.. cepatlah cepatlah. haha
memang best experience lah dapat naik cable car. mesti kena try. nanti korang akan dapat tengok satu pemandangan yang tak dapat tengok kat mana-mana. yang bestnya Langkawi ni, aku suka sangat tengok lautnya. sangat unik. dapat tengok gunung ganang dalam laut. so amaizing beb.. haha. jangan lupa cuba!

kami on rushing. sebelum ke jeti kami singgap nyoping kat Pekan Kuah. semestinya kami singgah Haji Ismail Group (HIG). chocolate haunting..hihi






timbunan coklat. murah-murah kata kau. serius! sempat memborong untuk bawa balik as souveniers. sekali dengan yang kawan-kawan kirim lagi. syukur, bajet masih mencukupi.. definately, Langkawi memang tempat coklat murah...


Last tempat yang kami singgah semestinya Dataran Lang.. masa kami pergi tu panas sangat. mungkin kat pulau ni lebih panas dari mainland. sebab selama 3 hari 2 malam aku kat sini memang selalu juga aku atau suami merungut pasal rasa panas. atau kiteorang je yang rasa cmtu ek.. haha..


walau kepenatan tetap juaga mau ke Dataran Lang untuk abadikan kenangan. hihi


ada rezeki nanti kami ke sini lagi.. super legend island!

Langkawi trademark!

kalau nak diikutkan, kalau ke Langkawi ni mesti lebih daripada 3 hari. masih banyak lagi tempat dan aktiviti yang kami tak sempat buat dan lawat. memang nak ke sini lagi. sesiapa yang belum pernah ke sini, rancanglah percutian anda supaya tak terlepas tempat-tempat yang mesti dilawati. rajin-rajin lah google eh. haha

ni wishlist jika aku ke Langkawi lagi :

* Mangrove Tour Sungai Kilim Geoforest Park
* Gunung Raya
* Telaga Tujuh dan Air Terjun
* Island Hoping (Pantai Beras Basah - Pantai Dayang Bunting - Pantai Singa Besar)
* Pantai Cenang (hari tu tak sempat nak bersantai-santai)
* Tanjung Rhu
* Taman Lagenda

harap dapat lagi menjejakkan kaki di Langkawi bersama insan-insan tercinta. kalau boleh nak naik flight sebab penat nak memandu kata husband. hihi

masa di Jeti Kuah kami tak kena tahan kat Kastam. lagipun memang kami tak beli periuk bagai. masa dorang tanya beli kain batik, aku jawab jujur je. lepas.tak kena tax sebab 5 helai kain batik memang kouta. hihi.kami ambil tiket feri pukul 4 petang. ada lagi destinasi yang nak dituju. suami tak nak nanti lewat sangat. 
Selamat tinggal Langkawi. ada umur jumpa lagi!


and nowwwww.....we are heading to Penang yaw!!!!! haha

kami meneruskan perjalanan ke Penang terus selepas meninggalkan Jeti Kuala Perlis. memang tak berlengah lagi. sebab memikirkan hari semakin gelap. main hentam je ni. almaklumlah, Penang kan kota metropolitan. kami tersalah tarikh masa ke Penang. ada program berbasikal. peserta 1000 orang. susah sangat nak cari hotel nak stay malam tu. sampai ke Batu Feringgi cari hotel barulah jumpa. just budget hotel. kesian Asyraaf keletihan dalam kereta. hujan pula malam tu lagi menyukarkan kami. tak keluar ke mana-mana. just makan gerai depan hotel. char kuey tiaw. mahal bak hang!!! tapi, itulah Penang. hahaha.. aku pun dah lupa harga dan nama hotel. lambat sangat update sampai lupa. haha. apa yang aku boleh cakap, percutian ke Penang adalah sekadar singgah untuk cari tempat tidur sebelum balik ke Melaka. agak mengecewakan sebab keadaan Penang yang jammed dan kami cuma ada sehari, kami tak dapat nak jalan-jalan dalam bandar Penang... maybe next time. apa yang aku share kat bawah ni just gambar yang aku ambil dari dalam kereta je.huhuuuu...

Pantai Batu Feringgi.

Hydro Hotel. saja ambil gambar hotel ni sebab ni hotel yang drama Love You Mr Arrogant berlakon. poyo. hahaha

signage Penang.

Penang time Square.

Ride on Penang Bridge. walaupun tak dapat jelajah Penang, tapi cukuplah trademark Penang yang satu ni jadi pengubat hati kata. haha

just ayah dan ibu, asyraaf nampak rambut je sebab tidur. haha


bye bye Penang. next time kalau nak holiday ke Penang, aku kena plan cantik punya. as usual, aku lah mastermindnya. hihi
kami tinggalkan Penang around 11.00 pagi.

next destination;

aku ada bilang kat suami yang nak singgah Cameron Highlands. tapi suami cakap takut tak sempat. kami plan nak sampai Melaka lebih awal. memandangkan kami tak ambil cuti panjang, takut letih nak bekerja keesokkan harinya. aku ok je walaupun dalam hati sebenarnya memang kepingin sangat. Cameron memang tempat favourite. haha

satu lagi, last minute decision, suami bawa juga kami mendaki Gunung Cameron. haha. keputusan diambil semasa betul-betul dah dekat dengan exit Tol Simpang Pulai. hahahaha... memang kelakar dan sangat terharu. thanks sayang sebab layankan juga impian si isteri nak tengok ladang teh ni. haha. jangan mara aaa...

masa nak naik gunung hujan pula. tak kesampaian hajat nak pergi sungai Palas. agak bahaya nak menyusuri jalan ke Ladang Teh BOH hujan-hujan ni.so, kami cuma singgah pasar malam Brinchang yang kebetulan kena pada hari kami singgah. dan semestinya kami singgah di Cameron Valley. dapat jugak tengok ladang teh. hahaha. kami balik menyusuri Tapah. layan lap. alhamdulillah. kami exit tol Tapah jam 5 petang. masih jauh perjalanan balik Melaka.so guys just enjoyed my picture below k..


suka bila nampak menda alah ni. haha

suka anak ibu. hehe

kami beli jagung mutiara. super sedap. haha

time sejok memang best pekena makanan panas kan. hihi

inilah cameron. mewah dengan hasil buminya.

borong strawberi. murah-murah.



singgah sat. sangat mendamaikan jiwa kat sini. 


Lata Iskandar. tak singgah pon.hehe

lepas je exit tol Tapah, kami terus menuju balik Melaka. tak singgah R&R Tapah pun. sebab rasa dah lewat sangat padahal baru pukul 6 lebih time tu. haha. Alhamdulillah jalan balik dipermudahkan. tapi seriusly sangat keletihan. kami sampai rumah jam 10.00 malam. 

suka sangat-sangat sebab dapat cuti ke Langkawi. tercapai hajat nak ke sana. nak naik cable car. dan yang paling penting dapat travel bertiga ke utara. jauh beb! serius tapi memang banyak moments yang sukar nak dilupakan. alhamdulillah, sepanjang perjalanan Asyraaf tak meragam pun. ada jugak peselisihan faham dengan suami tapi adatlah kan. rumahtangga. tapi inilah masa untuk kita kenal dengan pasangan kita. untuk kita tumpukan perhatian sepenuhnya dengan keluarga kita. untuk kita abadikan kenangan bersama-sama. 

believe me. by travelling we never get old. we learn and see things that we wont see before or had before. 

akhir kata, aku share satu petikan qoute and i love this qoute,

“We travel, initially, to lose ourselves, and we travel, next, to find ourselves. We travel to open our hearts and eyes. And we travel, in essence, to become young fools again—to slow time down and get taken in, and fall in love once more.” 
Pico Iyer

daa~~







1 comment:

  1. Casinos Near Me - Riverside, CA
    Casinos 벳플릭스 Near Me 개집왕 – Riverside, CA · Ameristar Casino · Ameristar Casino 유흥업소 사이트 Hotel · Ameristar Casino & Spa · 꽁 머니 토토 사이트 Ameristar Casino Hotel 승부 예측 사이트 Las Vegas.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...