Sunday, 25 May 2014

[travelogue] Seharian Bersuka Ria di Genting Highlands

dah berbulan baru nak update. 

bila kita dah cuba ke Cameron Highlands, inilah masanya untuk kita ke Genting Highlands pulak. haha. kami pergi Julai tahun lepas. unplanned. last minute baru suami setuju nak pergi. sebab mula-mula yang merancang nak ke sana tentulah aku dan birasku. kami memang suka borak-borak nak pergi holiday. kebiasaannya tak pernah tercapai sebab ada je alasan atau perkara yang tak dapat dielakkan. tapi kali ni tak sangka pulak ia menjadi. so, haruslah happykan. hihi

pada awalnya kami nak bermalam di Genting. tapi disebabkan confirmation nak pergi atau tidak lambat, kami tak sempat nak book hotel. but its ok. memandangkan rumah abang iparku di Bandar Saujana Putra je jadi kami bermalam di sana. tak sangka pulak adik birasku pun ada. mereka pun follow kami. ramai-ramai lagi ok. barulah meriah. mereka pun sporting. hihi.

pagi tu, kami gerak ke Genting Highlands lebih kurang pukul 10 pagi.  dua kereta. kami follow je. memang tak tau jalan. tak rajin nak waze. haha. sebenarnya aku tak ingat berapa jam yang kami ambil untuk sampai ke entrance Genting. maaf ye. kami exit tol Jalan Duta terus ke DUKE. cari signboard Gombak - Kuantan. lebih kurang camtu la. aku follow abang ipar aku je. so tak berapa alert dengan signboard sebab dah ada 'penunjuk arah'. haha



macam biasa. selfie. kami bertiga :)


jalan mendaki gunung genting berbeza dengan gunung cameron. macam entry aku sebelum ni, walaupun jalan mendaki melalui Tapah agak sempit tapi laluannya tak terlalu mencabar kalau nak dibandingkan mendaki gunung Genting. mendaki gunung Genting Highlands jalannya lebar. 2 lorong mendaki dan 2 lorong menurun. hasrat nak naik kereta kabel tak kesampaian sebab terminal kereta kabel di Goh Tong under contruction. maybe next time. aku dah start berdebar. kami akan mendaki gunung genting dengan kereta. bismillahirrahim.. keadaan jalan turun naik. terdapat beberapa selekoh tajam. kecut perut dibuatnya bila pandang ke bawah. nampak gaung. memang menakutkan. sesekali berjumpa selekoh yang tajam, cemas jugak kami dibuatnya. masa tu tuhan jela yang tahu. punyalah scary. haha. 

alhamdulillah. lebih kurang sejam jugak lah nak sampai peak. berdebar-debar sepanjang perjalanan, akhirnya sampailah kami ke tempat yang dituju. puas jugak cari parking. last-last parking dalam carpark First World Hotel. Asyraaf in the mood. so lets jalan-jalan. haha


kabus. panas tapi sejuk. boleh dikatakan lebih sejuk daripada cameron. hmmmm





encik cameraman yang segak! haha



gambar-gambar di atas adalah gambar di Lobby Hotel First World




kita pose dulu! haha

kat dalam ni, jangan risau banyak kedai untuk isi perut. fast food of course la. kami breakfast kfc and lunch mc D. dasat. haha. kami tak main permainan indoor. just tengok-tengok dan amik gambar. macam biasa, suamilah yang jadi photographer kami. haha




peace yo.






sebahagian daripada landmark dalam indoor game



ada hantu! haha. gimik.

masa agak pack. kami terus ke outdoor game. masa kami pergi pengunjung taman tema ramai. hujung minggu. orang cari tempat nak berseronok. termasuklah aku. haha




pathway ke outdoor game


buah hati saya :)


ibu dan Asyraaf.




enlarge picture to see the fee k.


inilah rombongan kami. haha






kita enjoy!!!



so. game on!. haha


banyak game outdoor yang best-best. macam biasa. aku kan agak gayat. aku try yang mana Asyraaf boleh naik je. yang extreme aku tak cuba pun. haha. suami dan yang lain-lain pun tak sempat nak cuba sebab kami perlu beratur panjang untuk naik. as i said before, the themepark crowded.











ayah and Asyraaf happy sangat, itu yang saya suka :)


aku suka gambar ni. great moment. haha


kami lebih kepada sightseeing. haha. memandangkan anakku dan anak buahku masih kecil, kami perlu memilih permainan yang sesuai dengan mereka. tak boleh syok sendiri . hihi. yang jejaka-jejaka pun melayan sahaja kerenah kami. bahagia je rasa. haha. seperti biasa, Asyraaf akan tidur mengikut masa rutinnya. kesian dia dan kesian encik suami mengendong sepanjang masa dia tidur. jadinya, aku jadi camerawoman sepanjang masa. haha.

enjoy the picture.


































dinasour park







waktu ni, Asyraaf dah start tidur. huhu















tempat wajib bergambar. kalau Asyraaf tak tidur lagi best.


















jejaka-jejaka tampan. haha
















with big allie. peace yo!

dah puas cuti-cuci mata, lebih kurang pukul 5 kami masuk semula ke indoor park. birasku dan adiknya try permainan indoor. separate activity for a while. kami tiga beranak pulak decide nak masuk Ripleys Belief It or Not.  aku ada buat research, dalam tu banyak benda unik sesuai untuk bergambar. hihi. Asyraaf pun dah bangun dari lenanya. jangan lupa ke sini kalau dah sampai Genting ni k. so sesi fotografi diteruskan. haha


















jangan lupa free style. pasti best. haha


dah puas bermain, bergambar sana sini, cuci-cuci mata, jam 7 kami gerak balik ke Saujana Putra. keadaan dah semakin sejuk dan gelap. aku memang tak nak lambat turun dari Genting sebab malam tu jugak kami akan shoot balik melaka. jalan turun pun agak scary. bagi akulah. selekoh yang besar dan tajam. becareful and beware. macam biasa condition kereta especially brek mesti berada pada keadaan terbaik!


see. selekoh yang tajam!





sila nyalakan lampu kenderaan anda.


kami singgah makan di kawasan berhampiran rumah abang ipar. dapatlah relax sekejap sebelum meneruskan perjalanan balik melaka. selesai makan, kami drop by rumah abang ipar, loading barang, lebih kurang pukul 10 malam kami gerak balik ke Melaka. sesuatu yang sangat memenatkan. separuh jalan, Asyraaf dah tidur. sangat kepenatan. aku yang dewasa ni pun rasa sangat-sangat letih inikan asyraaf yang berumur setahun..aku still bertahan memandangkan suami drive seorang. tapi mata tak dapat ditahan lagi aku terlelap jugak selepas exit R&R Alor Gajah. kesian suami drive non-stop. sorry sayang. memang rasa bersalah sebab tak teman dia sampai rumah. sebab selalunya aku akan jadi co pilot yang sangat baik disisinya setiap kali kami keluar bersama. huhu

tepat pukul 12 tengah malam, kami sampai rumah di Merlimau. home sweet home. alhamdulillah. itu pun suami yang kejut. nak harap aku sedar sendiri pagi esoklah jawapnya. tidur dalam kereta. haha. syukur nothing bad happen. dan tanpa berlengah lagi, kami terus tidur. esok kerja. kepenatan terlampau. memang kerja gile! haha

pada sesiapa yang nak pergi bersuka ria,Genting Highlands lah tempatnya. tempat yang seronok dan boleh lepaskan tension. make sure kereta mesti dalam keadaan baik dan ongkos yang cukup. kat atas ni, harganya boleh tahan mahal! dan memang betul taglines nya, Fun at the Peak! haha.

so, enough. kalau nak tau, kenalah merasa sendiri and dont forget to capture the best moment. hihi. hopefully everybody enjoy this entry and see you soon. daa..






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...